Sejarah KRS
Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En Thani bin Syaaban di SekolahMenengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagaiKadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja iaitu terdiri daripada pelajartingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yangBERILMU, BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selarasdengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan NEGARA ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan WilayahPersekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN).Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah menubuhkan KPIM. Pada 1993sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkanKPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahidbin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalampertemuan ini tesis KPIM telah dibentangkan. Hasilnya sebuah jawatankuasa kecil dibentuk untukmenyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini telah mencadangkan nama KPIM ditukarkan kepadaKadet Putera-Puteri Islam. Walau bagaimana pun nama pasukan ini ditukar kepada Kadet RemajaSekolah.
Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Pendidikan yangdiadakan pada bulan oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan MohdNordin telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS)yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan.Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun1995 oleh Yang Berhormat Dato Seri Najib Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia diSekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
Antara objektif-objektif pembentukan Kadet Remaja Sekolah adalah seperti berikut:-Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdayasaing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupanMembantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arahpembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengantuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.
Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperolehpengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilaimurni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegaraMembina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa dikalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment